Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isu QZ8501: Ucapan Takziah...

Misi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang memasuki hari ketiga ini akhirnya terjawab apabila...

Polis Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Polis menahan tiga individu termasuk ketua kumpulan 'Geng Negro' yang...

Kes Demam Denggi Meningkat,...

PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) 47/2022 iaitu dari...

Air Sungai Chandong Bertukar...

Pelabuhan Klang : Air Sungai Chandong di Pulau Indah dekat sini, bertukar warna...

Tambang Uber Mahal, Ia Perlu Dikawal Selia – SPAD

JOHOR BAHRU – Tambang mahal yang dikenakan pada sesetengah masa oleh pengendali Uber, dilihat antara sebab perlunya Uber dan teksi lain seumpamanya seperti GrabCar dikawal selia.

Menegaskan demikian Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata tindakan pengusaha Uber yang mengenakan tambang mahal pada sesuatu masa adalah tidak dibenarkan.

Namun buat masa ini mereka tidak dikawal selia, kata beliau.

“Uber ada masanya, tambang lebih mahal dari teksi sekarang. Mereka tidak ada kuasa untuk menentukan tambang.

“Jika mereka hendak menentukan tambang, undang-undang kata mereka mesti mempunyai lesen.

“Mereka mesti berkhidmat mengikut sistem. Jika tidak, mereka (Uber) mesti dikawal selia,” kata Syed Hamid kepada pemberita selepas pelancaran Kelab Pemilik Teks1M Johor Baharu di sini hari ini.


Syed Hamid berkata SPAD kini sedang mencari langkah yang sesuai bagi memastikan industri teksi terus berkembang meskipun dengan kehadiran Uber dan GrabCar.

Antaranya ialah untuk berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tentang bagaimana pengusaha teksi dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi penggunaan teknologi terkini.

Sebelum ini, kira-kira 500 pengusaha teksi di bawah syarikat Silver Cab Sdn Bhd meminta SPAD membatal atau menyekat aplikasi Uber dan Grabcar dari beroperasi.

Terdahulu, Syed Hamid berkata sebanyak 5,245 lesen teksi dikeluarkan di Johor sahaja dengan 1,596 lesen adalah untuk individu manakala 3,649 dikeluarkan untuk teksi di bawah syarikat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori