IA adalah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling maksimum di El Salvador namun sesuatu yang mengejutkan apabila tiga penari bogel telah dibenarkan membuat persembahan di depan 200 banduan lelaki.
Lebih memeranjatkan ialah pertunjukan itu mendapat kebenaran daripada ketua penjara, Jose Abarca. Permohonan kontroversi berkenaan yang dihantar kepada Abarca telah didedahkan kepada umum.
Video rakaman aksi penari bogel itu telah tersebar menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu menyebabkan kerajaan negara Amerika Tengah itu terpaksa menjalankan siasatan.
Menteri yang terbabit dalam menjaga penjara, Rodil Hernandez bagaimanapun menyalahkan menteri sebelum ini iaitu Nelson Rauda, dengan mendakwa kontroversi berkenaan berlaku pada 2012.
Dalam rakaman yang didedahkan itu, kelihatan seorang lelaki yang ada tatu di bahagian muka dan tangan, sekali gus menunjukkan dia adalah anggota kumpulan berbahaya sedang duduk di depan kumpulan penari terbabit.
Salah seorang banduan lagi kedengaran menjerit: “Menari, menari, mari sini, jangan bimbang, tiada siapa yang akan menyentuh kami’’ ketika ketiga-tiga wanita itu berbogel sambil melakukan tarian di atas riba.
Lebih malang apabila beberapa warden penjara turut menikmati persembahan lucah itu .
Video selama 41 saat itu ditemui dalam telefon bimbit milik salah seorang daripada banduan terbabit, selepas telefon tersebut kebetulan dirampas.
Dalam pada itu, pembangkang mahu siasatan dilakukan bagi mengetahui sama ada wanita terbabit dipaksa atau diugut untuk melakukan tarian bogel itu dan berapa banyak parti telah diadakan di situ sebelum ini.