NAMPAKNYA hubungan cinta dengan Calvin Harris bertahan cukup lama hinggakan penyanyi Taylor Swift berkesempatan meraikan ulang tahun pertama percintaannya dengan penyanyi rap tersebut.
Pasangan popular ini meraikan hari istimewa mereka dengan memotong kek bertulis ‘1 Year’ selain Harris menghadiahkan Swift sebentuk loket tertera tarikh ulang tahun mereka iaitu 6 Mac 2015.
Kisah cinta mereka hanya diketahui pihak media pada Mei tahun lalu sebelum kedua-duanya terbuka berkongsikan hal peribadi tersebut untuk tatapan umum.
Swift sebelum ini dikenali sebagai ‘playgirl’ gara-gara hubungan cintanya yang tidak pernah kekal lama dan mengumpul senarai ‘koleksi’ bekas teman lelaki yang agak ramai jika dibandingkan dengan selebriti Hollywood lain.
Antara selebriti yang pernah memadu asmara dengan Swift ialah Joe Jonas, Jake Gyllenhall, John Mayer, Harry Styles dan Taylor Lautner. – MYNEWSHUB.CC