Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nelayan Selamat Pulang Selepas...

SUNGAI BESAR – Seorang nelayan tempatan Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dua...

Pelan Transformasi PBT Diperkenal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan Pelan...

2 Lelaki Seludup 1.5...

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu menahan dua lelaki tempatan...

Mahkamah: Kelindan Lori Didakwa...

KUALA KANGSAR - Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

KeTTHA Teliti Cadangan Pindaan Akta Industri Perkhidmatana Air 2006

IPOH – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang meneliti cadangan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi membolehkan program pembangunan kitar semula efluen kumbahan dilaksanakan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Loo Took Gee berkata efluen kumbahan terawat itu disyorkan untuk ‘non-potable use’ oleh pihak industri terutama dalam sektor pembinaan yang memerlukan pengunaan air dalam kuantiti banyak.

“Biopepejal terawat daripada sisa kumbahan ini juga boleh digunakan sebagai soil conditioner manakala biogas yang dihasilkan daripada sisa kumbahan ini boleh digunakan untuk penjanaan elektrik,” katanya ketika berucap pada majlis merasmikan Sesi Townhall Perbandaran Rendah Kabon Zon Utara Semenanjung Malaysia di Dewan Bandaran di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Indah Water Konsortium Sdn Bhd telah menjalankan Program 1 Negeri 1 PBT sejak 2012 bagi penggunaan bio efluen terawat dan bio pepejal terawat secara percuma.

“Saya mencadangkan agar PBT turut serta pada program ini kerana ia memberi manfaat kepada orang ramai menerusi pengurusan sisa kumbahan yang cekap dan berkesan,” katanya.

Bagi menggalak dan membudayakan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) di sektor awam, Loo berkata KeTTHA dan Kementerian Kewangan sedang memperluaskan inisiatif GGP kepada semua kementerian dan agensi kerajaan.

Beliau berkata sebagai permulaan, projek perintis GGP telah dimulakan di lima kementerian dan agensi kerajaan terpilih.


“Pelaksanaan GGP akan mewujudkan permintaan bagi produk dan perkhidmatan hijau dan seterusnya mengalakkan industri bagi meningkatkan standard dan kualiti produk bagi memenuhi kriteria hijau,” katanya.

Katanya terdapat enam kumpulan produk terlibat dalam pelaksanaan projek perintis GGP iaitu cat, simen, pencahayaan cekap tenaga, peralatan teknologi maklumat dan perkhidmatan pencucian serta kertas.

Mengenai sesi townhall itu, beliau berkata ia bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan mengenai konsep pemakaian Sistem Penilaian dan Rangka Kerja Bandar Raya Rendah Karbon (LCCF) kepada PBT.

Beliau berkata sesi townhall pada hari ini adalah sesi kedua yang dianjurkan selepas sesi townhall zon selatan dan zon tengah semenanjung Malaysia di Shah Alam, Selangor pada 8 Jun lalu.

KeTTHA turut bercadang untuk meneruskan program townhall ke zon pantai timur dengan melibatkan semua PBT di Pahang, Kelantan dan Terengganu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori