Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ruhainies Kekal ‘Hubungan’ Dengan...

BAHARU sahaja hendak bertapak di dalam industri tanah air, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada...

Xiaomi Bakal Melancarkan Acara...

Xiaomi sebelum ini dilihat memperkenalkan telefon pintar mereka hanya di China sahaja, dan...

Polis Rampas 200kg Daun...

PENDANG - Polis merampas kira-kira 200 kilogram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM6,000...

iOS 8 Sedia Dimuat...

Khas untuk pengguna peranti Apple, Sepertimana yang dijanjikan, hari ini mereka secara rasminya...

Gambar: Tema Tradisional Pilihan Jihan Di Majlis Resepsi

MAJLIS resepsi perkahwinan pengacara dan pelawak wanita terkenal, Jihan Muse dan suaminya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli telah berlangsung dengan meriahnya di Menara Naza TTDI, Shah Alam semalam.

Bak raja dan permaisuri, pasangan ini memilih busana songket rona kuning diraja sebagai persalinan indah bagi meraikan hari bahagia mereka.

Majlis turut dimeriahkan dengan dayang-dayang yang terdiri daripada rakan artis yang rapat dengan Jihan.

Elfira Loy, Fara Fauzana, Zara Zya, Sharifah Sakinah, Nad Zainal dan Shila Amzah kelihatan cukup bergaya dengan baju kurung moden bersongket putih.

Pengacara program Meletop, Nabil Ahmad dipertanggungjawabkan sebagai pengacara bagi memeriahkan perjalanan majlis.

Jihan dan Ku Hariz selamat diijabkabul 20 Mac lalu di Laman Kayangan, Shah Alam selepas sembilan tahun menyulam cinta.

Tahniah dan selamat pengantin baru Jihan dan Ku Hariz! – MYNEWSHUB.CC

jihan1

jihan2


jihan3

jihan4

jihan8

jihan6

jihan5

jihan7

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori