CHINA – Seorang lelaki disanjung sebagai hero selepas menyatakan kesanggupan beliau untuk menjaga teman wanitanya seumur hidup dan berhabiskan 200,000 yuan (RM 125 755.14) untuk bill perubatan teman wanitanya.
Pada Mei tahun lepas selepas tiga bulan dibawa pulang oleh keluarganya dari hospital, Lin Yingying, 22 telah sedarkan diri namun masih menyembunyikan identiti si penyerang sehinggalah sekarang. Selepas mendengar nasihat dari ayahnya bahawa dia pernah ‘mati seketika’ dan tiada apa yang harus ditakutinya lagi.
Lin yang bangkit dari koma selama 8 bulan mendedahkan bahawa teman lelakinya Liu Fenghe, 25 yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ekoran kecederaan yang serius di kepala.
Menurut Lin, dia telah dipukul oleh Liu menggunakan pencanai setelah menyebabkan 20 buku roti hangus di sebuah kedai yang mereka usahakan bersama di wilayah Liaoning, China.
Menurut portal AsiaOne, perkara terakhir dalam ingatan Lin sebelum dia jatuh pengsan adalah mendengar suara teman lelakinya memanggil ambulans.
Selain tiu, Lin juga mendakwa bahwa teman lelakinya itu pernah mendera beliau beberapa kali sebelum ini namun masih bersama Liu kerana takut akan ugutannya.
Liu berada disampingnya kerana perasaan rasa bersalah dan bukannya atas dasar cinta jelas Lin lagi.
Setelah mendengar penjelasan Liu, bapanya telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut. –MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TpagNHrmS1g]