Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hairi Miliki Potensi Sebagai...

KUALA LUMPUR – Pengendali pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin...

Kecurian Kabel TM Di...

MELAKA - Kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di negeri ini...

Naskhah “Al-Quran Abu Bakar”...

UNIVERSITI Birmingham, England telah menggemparkan dunia kerana memiliki sebuah fragmen daripada apa yang...

Sultan Nazrin Rasmi Kolej...

SITIAWAN - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kolej Perikanan Malaysia Lumut...

Terengganu Sedia Dana Pinjaman RM2.5 Juta Untuk Usahawan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri menyediakan RM2.5 juta sebagai dana pinjaman untuk manfaat usahawan yang menjalankan perniagaan secara online tahun ini, persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata dana pinjaman itu telah diluluskan dalam Bajet 2016 yang lalu kerana kerajaan negeri mahu usahawan berkenaan berupaya bersaing di pasaran global mengikuti perubahan teknologi canggih ketika ini.

“Dana pinjaman itu diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan pinjaman diberi mengikut keperluan perniagaan mereka dan sudah pasti mereka perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

“Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memastikan lebih ramai usahawan ini berdaftar secara sah dan kita sasar 300 usahawan berbuat demikian pada tahun ini,” katanya.

Roslee (BN-Bukit Besi) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Mahdi Musa (BN-Kota Putera) yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri dalam membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan YPU dalam menganjurkan dua karnival khas untuk mempromosikan perniagaan usahawan secara online iaitu V-Fest.


“Dua karnival telah dirancang pada tahun ini di mana satu daripadanya telah dilaksanakan pada 29 hingga 31 Jan lalu, manakala karnival akan datang pula akan dianjurkan pada 24 Jun hingga Julai depan.

“Usahawan ini juga berpeluang mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka secara percuma di portal khas iaitu payang.my yang diwujudkan kerajaan negeri melalui YPU,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Mahdi mengenai perancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan ruang niaga khas untuk usahawan secara online di Terengganu, Roslee berkata kerajaan negeri akan membangunkan Digital Mall khas untuk memudahkan orang ramai membeli barangan daripada usahawan online di premis perniagaan mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori