Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jawab 5 Soalan Ini...

MENDIRIKAN rumah tangga bukanlah perkara mudah apatah lagi dalam melibatkan pemilihan pasangan hidup.Jika...

Polis Akan Buru Individu...

KUALA LUMPUR - Polis akan memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang...

Muhyiddin Sedia Debat Calon...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata dia bersedia untuk berdebat dengan mana-mana...

Kisah Calon BN Dan...

Ramai yang tidak tahu, dalam kedinginan pagi Rabu, Mat Razi Mat Ail, bekas...

Terlampau Jaga Privasi, Andy Lau Beli Banglo Khas Untuk Anak

SELEBRITI popular Hong Kong, Andy Lau dikecam sesetengah netizen yang tidak berkenan dengan caranya mendidik anak.

Gara-gara terlalu menjaga privasi, baru-baru ini Andy dilaporkan membeli sebuah rumah mewah bernilai RM1.1 bilion (HKD 200 juta) di Hong Kong, hanya untuk diduduki oleh anak perempuannya dan pengasuh.

Ia dilakukan hanya kerana mahu mengelak anaknya itu daripada intipan paparazzi.

Sebelum ini Andy dilaporkan turut memohon kepada pihak pengurusan sekolah agar melepaskan anaknya 15 minit lebih awal bagi mengelak daripada diekori paparazzi.

Selain pembelian rumah agam, Andy dikhabarkan membeli jet peribadi untuk kegunaannya dan keluarga bercuti dalam dan luar negara.

Ternyata tidak semua bersetuju dengan cara Andy menjauhkan anaknya daripada limpahan glamor dunia selebriti.


Rata-rata netizen berpendapat Andy seakan mengambil kesempatan atas statusnya sebagai selebriti terkenal sehinggakan mahu mengunakan hak keistimewaan itu semata-mata untuk tujuan privasi diri dan keluarga.

Namun begitu, ada juga peminat memahami kenapa beliau berbuat demikian iaitu ingin melindungi keluarganya daripada segala anasir negatif yang dibawa oleh paparazzi.

Andy berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Cina dari Malaysia, Carol Chu pada 23 Jun 2008. Perkahwinan itu didaftarkan di Clark County, Nevada, Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori