Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Benarkah Menteri, Timbalan Menteri...

SHAH ALAM - Ketika pertelagahan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk...

Kemelut Selesai, Nora Terima...

SEBELUM ini, nama dua pelakon jelita iaitu Nora Danish dan Fasha Sandha menjadi...

Masalah Sampah Di Bukit...

KUALA LUMPUR – Masalah 16 tan sampah sehari yang dihasilkan oleh penduduk sekitar...

PPS Tunggal Di Dungun...

KUALA TERENGGANU – Satu-satunya pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir di Terengganu iaitu...

TH Serah Zakat Perniagaan RM59.3 Juta

JOHOR BAHRU – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan RM4,611,806.94 bagi tahun kewangan berakhir 2015 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dalam satu majlis ringkas di Istana Pasir Pelangi di sini.

Pembayaran zakat perniagaan TH itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Pembayaran ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3.21 peratus berbanding RM4,468,192.71 (2014). Johor merupakan negeri pertama dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan TH pada tahun ini.

“Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan berakhir 2015 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia bernilai RM59.3 juta berbanding RM57 juta (2014),” kata TH dalam satu kenyataan media hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Exco Agama Johor merangkap Pengerusi MAIJ, Abd. Mutalip Abd. Rahim dan Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadut.


Menurut TH, Peningkatan jumlah keseluruhan pembayaran zakat itu sejajar dengan prestasi dan pencapaian keseluruhan TH yang baik disebalik ketidaktentuan landskap ekonomi bagi tahun 2015. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori