Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wartawan Turki Dipenjara Siar...

ANKARA - Sebuah mahkamah di Istanbul semalam menjatuhi hukuman dua tahun penjara ke...

Ramadan: Fast2Feed Bantu Mereka...

KOTA BHARU - Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid Malaysia) menyasarkan seramai...

Agong Zahir Penghargaan Tindakan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Kes Denggi Di Johor...

JOHOR BAHRU - Kes denggi yang dilaporkan di negeri ini dari Januari hingga...

Tiada Cadangan Tubuh Suruhanjaya Keganasan Rumahtangga

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Keganasan Rumah Tangga dalam menangani kes-kes keganasan rumah tangga di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian kini menjalinkan kerjasama erat dengan jabatan-jabatan berkaitan selain Pertubuhan Bantuan Wanita dalam menangani isu berkenaan.

“Suruhanjaya akan melambatkan. Setakat ini kita tak perlukan suruhanjaya, banyak yang kita telah buat, kita bekerjasama dengan jabatan-jabatan berkaitan dan WAO untuk bersama-sama membantu dalam hal-hal pengurusan keganasan rumah tangga dan membangunkan garis panduan pengendalian kes keganasan rumah tangga.

“Bagi kami ia mencukupi buat masa ini dan cara ini lebih fleksibel,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat.

Rohani berkata demikian ketika menjawab celahan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Keganasan Rumah Tangga bagi menangani masalah itu.

Menurut Rohani, statistik kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2014 adalah sebanyak 4,807 kes berbanding 5,014 kes tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 4.13 peratus.

Beliau berkata isu keganasan rumah tangga memerlukan penglibatan dan kerjasama kukuh pelbagai agensi kerajaan termasuklah PDRM, mahkamah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan KPWKM sendiri.


Katanya Majlis Penyelarasan Bagi Perlindungan Kanak-kanak juga ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kanak-kanak 2001 bagi memberi nasihat kepada menteri KPWKM mengenai aspek perlindungan terhadap kanak-kanak daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dalam pada itu, Rohani berkata masalah kekurangan makanan dalam kalangan gelandangan tidak wujud di negara ini dan menerusi pusat transit bagi golongan itu yang disediakan kerajaan, makanan diagihkan secara sistematik kepada mereka.

“Ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi bantuan makanan yang diperoleh daripada pasar raya dan syarikat pengeluar makanan untuk disampaikan kepada golongan gelandangan,” katanya.

Beliau berkata jika makanan di pusat transit itu telah mencukupi, kementerian akan mencadangkan nama pusat perlindungan lain yang memerlukan bantuan untuk diagih makanan berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori