Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

4 Penduduk Palestin Maut...

GAZA - Seramai empat rakyat Palestin disahkan maut ditembak pasukan keselamatan Israel dalam...

Aktiviti Cegah Wabak Denggi...

KUALA LUMPUR - Masyarakat dinasihatkan supaya melakukan aktiviti pencegahan wabak denggi sempena menjelang...

Keluarga Mangsa Mahu Cari...

KUALA LUMPUR - Ramai anggota keluarga penumpang pesawat MH370 menggesa pihak berkuasa antarabangsa...

Senarai Exco Johor Sebelum...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor yang baharu dilantik, Datuk Osman Sapian akan...

Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Istanbul – Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan bom di Jalan Istiklal di Dataran Taksim, Istanbul yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga asing.

Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini berkata tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden itu dan Kedutaan Malaysia di Ankara ada berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di sana termasuk pelajar di Istanbul.

“Kementerian menerusi Kedutaan Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi tersebut,” tambah kenyataan itu.

Pada masa sama, kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau yang mahu ke Turki untuk menjaga keselamatan diri dan keadaan di sekeliling mereka, selain memantau serta mematuhi sebarang nasihat yang dikeluarkan kerajaan negara itu.


Wisma Putra berkata kerajaan Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Turki, keluarga dan penduduk yang terjejas dengan serangan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori