Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jam Tangan Pintar Samsung...

Jam tangan pintar berbentuk bulat daripada Samsung telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini.Baru-baru...

“Bukalah Mata, Nurul Izzah”...

KATA orang, satu gambar membawa seribu satu makna. Begitu juga gambar PM dan...

Mohd Shafie Pohon Batalkan...

KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memohon...

Projek Mitigasi Kurangkan Masalah...

KUALA LUMPUR - Projek mitigasi bagi meningkatkan kapasiti bekalan air terawat di Selangor...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Pesawat Flydubai

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian pesawat Flydubai Airline penerbangan FZ981 yang terhempas di Rostov-on-Don, Rusia pada Sabtu.

Pesawat itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, telah tersasar daripada landasan semasa cubaan mendarat sebelum terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don, kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini.

Menurut laporan, seramai 55 penumpang dan tujuh anak kapal terlibat dalam nahas itu.

59 Orang Terkorban Pesawat Terhempas Di Russia

“Kementerian Luar ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian ini,” kata Wisma Putra.

Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Moscow sedang memantau situasi itu dan akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari semasa ke semasa.


Flydubai Airline, syarikat penerbangan tambang rendah Dubai, mengesahkan pada Sabtu bahawa penerbangan FZ981 dari Dubai ke bandar Rostov-on-Don di Rusia terhempas ketika melakukan pendaratan.

Menurut kenyataan syarikat itu dalam laman sesawangnya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori