Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM200 Juta Bangun Projek...

SUNGAI PETANI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan...

Kerajaan perlu bersuara isu...

KOTA BHARU - Pemuda UMNO menyeru pemimpin dan pejuang hak asasi manusia bersuara...

Pua Fail Semakan Kehakiman...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee hari...

Amaran Puting Beliung Landa...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung...

Tourism Malaysia Sasar Perolehan Sebanyak RM45.7 Bilion

BERSEMPENA penganjuran MATTA Fair 2016 yang bakal berlangsung pada 11 hingga 13 Mac ini, pihak Tourism Malaysia berharap ia dapat mencapai sasaran 66.8 juta pelancong tempatan selain perolehan sebanyak RM45.7 bilion untuk tahun ini.

Menurut Timbalan Pengarah (Bahagian Pemasaran Domestik) Tourism Malaysia, Chong Yoke Har, kempen MATTA yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) telah meningkatkan kadar pertumbuhan bilangan pelancong pada setiap tahun.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MATTA di atas inisiatif mereka dalam penganjuran MATTA Fair yang mana merupakan acara tahunan yang telah berjaya menaikkan industri pelancongan negara.

“MATTA telah menyumbang kepada kejayaan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara. Matlamatnya sejajar dengan objektif kami yang mahu memberikan lebih promosi dan pendedahan mengenai percutian domestik dalam negara ini,” katanya ketika berucap pada sidang media MATTA Fair 2016 yang berlangsung di Wisma MATTA, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden MATTA, Datuk Hamzah Rahmat dan Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Pua Tai Neng.


MATTA Fair 2016 yang diadakan pada 11 hingga 13 Mac ini akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Sejumlah 110 organisasi mengambil bahagian dalam kempen ini teramsuk 56 ejen pelancongan, 34 pengendali hotel dan resort dan 20 operator produk berasaskan pelancongan yang bakal menawarkan harga yang cukup menarik untuk anda sekeluarga mendapatkan percutian terbaik di seluruh negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori