Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jaga Telur Pun Susah...

PERSOALAN mengenai tempat terbaik untuk menyimpan telur sering menjadi debat namun pakar akhirnya...

4,000 Pengusaha Terima Kad...

SANDAKAN - Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia kepada 4,000 pengusaha teksi di negeri...

Mesej Dari Rosyam Nor...

PETALING JAYA - Pelakon Fizo Omar mengakui berasa rendah diri ketika diberi peluang...

UNIMAP Dan Ghurair University...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melebarkan jaringannya di peringkat antarabangsa apabila menjalin...

‘Trend’ Pinggang Sebesar Kertas A4 Popular Di China

GADIS-GADIS di China ketika ini, dilanda trend pinggang ramping dan menggunakan kertas A4 bagi mengukur ukuran pinggang masing-masing.

Ia bagi menunjukkan bahawa pinggang mereka tidak melebihi ukuran lebar kertas terbabit.

Gambar-gambar gadis yang bergambar dengan kertas di pinggang kini memenuhi media sosial di negara itu dan menjadi trend di kalangan mereka.

Masing-masing memuat naik gambar dengan kertas itu diselitkan sama ada di dalam seluar atau dilekatkan di pinggang.

pinggang1

Berpuluh ribu orang sudah berkongsi gambar pinggang mereka dalam Weibo, iaitu medium media sosial yang sama seperti Twitter dan Facebook.


Bagaimanapun tidak semua yang bersetuju dengan trend berkenaan kerana ia umpama menghina dan memalukan mereka yang mempunyai pinggang besar.

“Ia bukan sesuatu yang ‘cool’ untuk menghina gadis yang tidak menepati ukuran itu,’’ demikian tulis netizen.

Disebabkan ia menjadi trend, maka perkataan `pinggang paling cantik’ menjadi carian paling tinggi dalam Internet. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori