Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Bulan Tak Jumpa...

PENYANYI rap, Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 28, memberitahu hidupnya terjejas apabila...

Bapa Gembira Anak Perempuannya...

SEORANG penagih dadah yang membunuh anak lelakinya yang berusia 23 bulan dengan memberikan...

Berebut ‘Remote TV’, Adik...

SEORANG remaja berusia 16 tahun ditahan kerana menikam abangnya sehingga mati gara-gara berebut...

Tudung Termahal Di Dunia...

KOTA BHARU - Jika tudung Bawal Exclusive (BE) bernilai RM50,000 yang sudah dimilik...

Tun M Umum Letak Jawatan Pengerusi Proton

SHAH ALAM – Selepas dipecat sebagai penasihat Petronas pada 11 Mac lalu, bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan dari pejabatnya, surat peletakan jawatan tersebut sebenarnya dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar pada Rabu.

Isu pengunduran Mahathir sudah lama diperkatakan selepas syarikat automotif berkenaan terpaksa memanggil balik hampir 100,000 unit pelbagai model jenamanya pertengahan Februari lalu akibat masalah komponen.

Proton sebelum itu teruk dikritik rakyat Malaysia kerana bertindak menaikkan harga jualan selepas Tahun Baharu Cina lalu ketika saingannya, Perodua pula masih mengekalkan harga lama susulan kestabilan mata wang ringgit.

Ditubuhkan pada 1983 hasil idea Mahathir bermula dengan model Saga sejak 1985, namun Proton kini bukan lagi bertaraf sebuah syarikat berkaitan kerajaan Malaysia setelah diambil alih oleh konglomerat tempatan DRB-Hicom.

proton
Gambar hiasan

“Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), sebuah institusi pengajian tinggi milik syarikat petroleum kebangsaan itu; dan ia juga berkuat kuasa pada 30 Mac 2016.


“Keputusan peletakan jawatannya itu juga telah disampaikan terus kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim,” jelas kenyataan tersebut yang dihantar kepada pihak media tempatan pada Khamis.

Selain itu, Mahathir, 90; turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Kedah dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA) di Pahang.

“Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah pun dimaklumkan secara rasmi mengenai peletakan jawatan beliau dalam dua agensi berkenaan,” kata kenyataan tersebut lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori