Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Siswazah APU Pikat Syarikat...

BEPPU (Jepun) - Di Ritsumeikan Asia Pacific University (APU), yang menghimpunkan mahasiswa dari...

Tumbuk Jurujual, Pemandu Lori...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini...

Insiden Ganas: 296 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia terlibat dalam...

‘Body Shaming’ Halal, Avatar...

KUALA LUMPUR - "Tunggu gak (juga) kalau ada tak orang kata buat Avatar...

Tun M Yakin Pak Lah Boleh Jadi Penasihat Petronas Yang Baik

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohammad yakin penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi mampu menjadi penasihat yang baik kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bekas perdana menteri itu berkata Abdullah merupakan calon yang cukup layak untuk menjadi penasihat kepada syarikat gas dan minyak milik kerajaan itu.

“Saya pasti Pak Lah (Abdullah) akan memberi nasihat yang bagus sekali kepada Petronas,” katanya kepada media selepas Simposium Antarabangsa Kelab Menjenayahkan Peperangan (CWC) berjudul ‘Gabungan Generasi Baharu – Katakan Tidak Kepada Peperangan’, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata latar belakang Tun Abdullah yang pernah memegang tampuk ketua kerajaan adalah ciri yang dianggap sesuai untuk memegang jawatan penasihat tersebut.

“Perdana Menteri semua layak (untuk jawatan Penasihat Petronas)…termasuk saya pun,” katanya.


Kabinet semalam bersetuju dengan pelantikan Abdullah sebagai Penasihat Petronas, berkuat kuasa 1 April ini menggantikan Dr Mahathir yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas pada 11 Mac lepas.

Simposium tersebut diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini sempena ulang tahun ke-70 memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada 1945.

“Kami tidak mahu sebarang peperangan nuklear dan tidak mahu insiden seperti ini berlaku semula…sebab itu kita nyatakan peperangan adalah satu jenayah,” kata Dr Mahathir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori