Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Penganggur Ditahan Disyaki Hina...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki di Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal...

Gigihnya Peminat Setia Remy...

DISEBABKAN begitu meminati dan obses dengan aktor kacak Remy Ishak, seorang peminat pelakon...

Najib Harap Rakyat Sarawak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan supaya pengundi...

Malaysia Bebas El Nino...

PUTRAJAYA - Malaysia dijangka bebas fenomena El Nino dan La Nina tahun ini,...

Uber Pohon Jadi Pencelah Dalam Saman Terhadap SPAD

KUALA LUMPUR – Uber yang menyediakan perkhidmatan mengambil penumpang dalam talian, hari ini memohon untuk menjadi pencelah dalam kes saman difailkan 102 orang pemandu teksi terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa menjalankan operasi secara tidak sah.

Perkara itu dimaklumkan peguam R Kengadharan, yang mewakili kesemua pemandu teksi sekitar Lembah Klang kepada pemberita selepas kes itu disebut dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shahril Anuar Ahmad Mustapa.

Kengadharan berkata Uber telah memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah hari ini dan mahkamah menetapkan 21 Mac untuk pengurusan kes.

Kira-kira 200 orang pemandu teksi sekitar Lembah Klang hadir ke mahkamah hari ini.

Pada 30 Dis 2015, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Zailani Isausuludin, 52, bersama 101 pemandu teksi berumur antara 25 hingga 73 tahun, selaku plaintif memfailkan saman terhadap SPAD yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.

Kesemua pemandu teksi itu memohon perintah deklarasi supaya SPAD mengharamkan operasi Uber, Grabcar dan Blacklane kerana ia tidak tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714).

Plaintif turut memohon perintah injunksi agar SPAD tidak mengesahkan aktiviti dan operasi ketiga-tiga perkhidmatan dalam talian itu selain mengeluarkan satu garis panduan dan pekeliling tertakluk kepada persetujuan terma-terma bagi mengharamkan operasi dan aktiviti perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane.


Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua pemandu teksi berkenaan mendakwa operasi yang dijalankan Uber, Grabcar dan Blacklane telah memberi kesan buruk terhadap industri perkhidmatan teksi tempatan kerana kadar tambang perkhidmatan yang ditawarkan jauh lebih rendah dari tambang teksi bermeter.

Mereka mendakwa operasi untuk membanteras ‘kereta sapu’ haram yang dijalankan SPAD serta Jabatan Pengangkutan Jalan dilihat tidak berkesan, selagi aplikasi ‘penyedia tempahan’ oleh Uber, Grabcar dan Blacklane ini tidak disekat dan ianya dengan mudah mengkucar-kacirkan industri perkhidmatan teksi tempatan.

Kesemua plaintif mendakwa pemandu-pemandu Uber, Grabcar dan Blacklane tidak memiliki kad pemandu yang dikeluar dan diluluskan oleh SPAD selain mendakwa pemandu berkenaan menggunakan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang serta kenderaan itu tidak didaftarkan dengan SPAD.

Plantif juga mendakwa SPAD gagal dan cuai mengambil tindakan proaktif untuk mengharamkan ketiga-tiga perkhidmatan dalam talian itu, sehingga segala hak dan kepentingan plaintif dipinggirkan oleh SPAD. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori