KUMPULAN penggodam dan askar siber dikenali sebagai Anonymous dengan moto “kami tidak akan memaafkan dan kami tidak akan lupa” yang ditubuhkan sejak 2004, memberitahu akan melancarkan serangan terhadap Donald Trump.
Sejak ditubuhkan, kumpulan penggodam ini telah terlibat dalam beberapa insiden besar-besaran menentang kumpulan individu yang mereka anggap sebagai musuh. Antara yang pernah menjadi mangsa ialah ISIS, kerajaan Saudi, gereja Scientology dan kumpulan anti Islam di Australia.
Anonymous akan melancarkan serangan ke atas laman-laman yang berkaitan dengan kempen menjadi calon parti Republican oleh Donald Trump.
Selain serangan atas talian, maklumat peribadi Trump dan kesemua pekerja kempennya telah dikongsi bagi memudahkan serangan ke atas kesemua mereka yang terlibat.
Trump menjadi sasaran terkini kerana menggunakan taktik memainkan sentimen rasis demi mendapat sokongan politik daripada rakyat Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC