Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pekebun Sembur Cat Hitam...

ALOR GAJAH - Seorang pekebun pisang di Melaka mengambil inisiatif sendiri bagi mengatasi...

Pemutihan Kawasan Aktiviti Dadah...

TAWAU - Pemutihan kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah memerlukan komitmen semua pihak...

Hubungan Dingin, Sara Ali...

Nampaknya pelakon Sara Ali tidak mahu berdiam diri apabila peminat mula mempersoalkan mengenai...

Tiada Apa Yang Nak...

KUALA LUMPUR : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul...

Video: Iklan ‘Malaysia Truly Asia’ Terima Kritikan Netizen

VIDEO iklan bagi kempen terbaharu Malaysia Truly Asia yang dimuat naik sejak awal Mac lalu, telah menerima kritikan pedas daripada netizen.

Iklan tersebut pada mulanya dimuat naik di laman Facebook Better Nation Institute dan telah meraih hampir 200,000 tontonan.

Ia memaparkan dua kumpulan pelancong wanita iaitu remaja dan dewasa yang berkunjung ke Malaysia, bertembung antara satu sama lain ketika melakukan pelbagai aktiviti.

Rata-rata netizen menyifatkan iklan tersebut tidak menggambarkan budaya Asia sebenar dan hanya menumpukan kepada gaya hidup mewah.

Please tell me, i’m not the only one who thinks, this 2016 Tourism Malaysia ad, doesn’t even make sense! (Tolong beritahu saya, adakah hanya saya je yang fikir iklan Tourism Malaysa 2016 tidak masuk akal?),” tulis pengguna Twitter yang menggunakan tweethandle @JohanFKhairuddin.

Yeah, I have no idea what’s the message here. Come to Malaysia if you have too much money and no idea what to do (Yeah, saya juga tidak faham mesej sebenar yang ingin disampaikan, datang ke Malaysia jika mempunyai wang yang banyak dan tidak ada idea hendak membelanjakannya?)” komen @Fazri.


Bagaimanapun, pendapat ini dibidas oleh netizen lain yang meminta agar rakyat negara ini berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa iklan tersebut diterbitkan untuk pasaran antarabangsa.

I dunno, ramai jugak complain but i like it. Trying to appeal to young travelers. Inserting a little bit of girlfriend rivalry (Tak tahulah, ramai jugak yang persoalkan tapi saya suka. Mungkin hendak ditujukan kepada golongan pelancong muds),” kata @nadia_nazir.

Ada juga netizen yang membandingkan iklan tersebut dengan sebuah lagi iklan Tourism Malaysia, Land of Memories yang dianggap lebih tepat mempamerkan nilai Asia malah memenangi tempat kedua Anugerah Multimedia Pelancongan Berlin 2016.

Menurut YouTube rasmi Tourism Malaysia, video tersebut adalah iklan televisyen yang dirakam khas buat pelancong di Asia Selatan. – MYNEWHSUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • iklan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori