Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cipta Rekod Malaysia Tetapi...

SATU rekod baharu berjaya dicipta di Sarawak apabila sebuah pusat beli-belah terkemuka di...

Debat Ka Siong, Guan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan beliau...

Aplikasi Bual Whatsapp, Telegram...

TUMPAT (Kelantan) - Kemodenan teknologi internet digunakan sepenuhnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Najib Promosi Makanan Warisan...

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Kuching...

Wanita Berjaya Selamatkan Diri Dibaham Buaya

SEORANG wanita dari Engkilili, Sarawak berjaya menyelamatkan diri daripada dibaham buaya di Sungai Lio, dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Awa Langkau, 40, bagaimanapun mengalami kecederaan di bahagian kaki setelah digigit haiwan pemangsa itu.

Memetik Sarawak News, Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP James Johnanthan berkata, mangsa dipercayai sedang mandi seorang diri di sungai tersebut.

Mangsa kemudiannya menyedari kaki sebelah kirinya seakan-akan digigit sesuatu dan menepisnya dengan tangan.


“Mangsa naik ke tebing sungai sambil menjerit dengan kuat dan penghuni rumah panjang memberi bantuan dan mereka nampak seekor buaya timbul di permukaan air,” katanya.

Mangsa kini berada di Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori