Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Afghanistan Kerat Kemaluan...

KABUL - Seorang wanita cedera parah di utara Afghanistan selepas suaminya memukul dan...

Kementerian Luar Bidas Laporan...

22 APRIL - Kementerian Luar membidas laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat tentang menyenaraikan...

Tiada Mesyuarat MKT UMNO...

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam...

2 Peniaga Didakwa Guna...

SEPANG - Dua peniaga telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Wanita Kurang Siuman Hancur Dilanggar Kenderaan

BESUT – Mayat seorang wanita yang dipercayai kurang siuman ditemui dalam keadaan hancur dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 89, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu dekat Kampung Anak Ikan, Jerteh pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Siti Aminah Jusoh, 37, dari Kampung Anak Ikan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mayat mangsa ditemui orang awam yang lalu-lalang di kawasan kejadian sebelum melaporkan kepada pihak polis kira-kira 5.50 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar ketika sedang berada di tengah jalan yang gelap.

“Pihak polis sedang mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa. Kita percaya ia melibatkan lebih dari sebuah kenderaan memandangkan mayat mangsa yang hancur”, katanya kepada pemberita.


Khaled berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kes itu.

Beliau meminta pihak yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk menghubungi Inspektor Nur Farah Diana Md Deri di Cawangan Trafik menerusi talian 09-6972700. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VqLQ7sspPCo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori