Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ahli Lapor SPRM Calon...

IPOH : Seorang ahli PKR Tambun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Rakyat Terkesan Covid-19, Hilang...

BERA: Rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan tidak...

Aktiviti Ibadah Korban Dibenarkan...

PUTRAJAYA - Aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada hujung Julai ini dibenarkan...

PIKOM Sambut Baik Bajet...

PIKOM menyambut baik pengumuman kerajaan yang memberi perhatian kepada cadangan mereka tentang pengurangan cukai...

Wanita Tanzania Maut Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Tanzania maut manakala rakan lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai berhampiran kawasan medan selera Ampang Water Front, Ampang dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa Apolonia Mbogo David Mwangosi, 46, maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Linus Okafor, 35, warga Nigeria, hanya cedera ringan.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya DSP Hambazi Abdul Rahman berkata kereta dipandu Linus merempuh penghadang besi di tempat letak kereta Ampang Water Front sebelum terjunam ke dalam sungai.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Ampang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Pegawai Bomba Kanan M. Pusparajan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.52 pagi dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari tempat kejadian kira-kira 3 pagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori