SEMUA anggota keluarganya telah meninggal dunia, hanya tinggal Molly Barnes seorang sahaja.
Setiap kali dia berasa sunyi, warga emas yang berusia 99 tahun ini akan membuka almarinya dan membelek belon yang disimpan sejak 20 tahun lalu, untuk menaikkan semula semangatnya.
Molly Barnes mendapat belon ‘Happy Birthday’ itu pada 1996 iaitu pada harijadinya yang ke-80 tahun.
“Ketika harijadi saya ke-80, saya dan rakan-rakan mengadakan majlis di rumah ini dan saya telah diberikan belon itu.
“Kini saya menyimpannya dalam almari dan orang ramai yang mengunjungi saya akan memeriksa belon itu bagi melihat sama ia masih berisi angin atau sudah kempis,’’ katanya.
Pesara yang berasal dari Rawtenstall, Lancs, itu akan meraikan harijadinya yang ke-100 pada bulan November tahun ini.
Suaminya, Richard, meninggal dunia pada usia 70 tahun manakala anak perempuannya, Andrea Wood, yang merupakan seorang guru, meninggal dunia ketika berusia 42 tahun akibat ketumbuhan di otak.
“Saya kini tinggal di flat dan tidak boleh keluar sendiri, jadi saya akan kesunyian.
“Jadi ia adalah sesuatu yang berharga apabila saya dapat melihat belon itu,” katanya.
Meskipun tidak mempunyai ahli keluarga lagi tetapi Molly mempunyai rakan-rakan yang sentiasa membantunya termasuk bekas jirannya yang sanggup membeli-belah untuknya. – MYNEWSHUB.CC