Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MOU K’jaan Dan PH...

Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara...

Dua Jam Dengan Hasil...

SHAH ALAM - Belum sempat merasai hasil samun, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai...

Ronaldo Tamatkan Kemarau Gol

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas Malaga, menjadikan kelab itu hampir...

Anwar Bentuk Kabinet Esok

PUTRAJAYA – Proses pembentukan Kabinet Kerajaan Perpa­duan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu...

Warga Emas Cedera Parah Ditetak Di Kepala

ALOR SETAR – Seorang warga emas ditemui dalam keadaan cedera parah dengan kesan tetakan di kepala berhampiran Menara Jam Besar di kawasan Tanjung Chali di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata mangsa M Perumal, 78, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kepala hasil maklumat orang awam kira-kira pukul 7.45 pagi tadi.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut dan doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa telah dipukul dan ditetak menggunakan objek tajam dan panjang.

“Mangsa yang dipercayai bekerja sebagai ceti tidak dapat memberi keterangan kerana masih berada dalam keadaan tidak sedar. Punca kejadian sedang disiasat dan kita dapati tiada sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Adzaman berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori