Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aplikasi My Online Pasport...

BESUT - Permohonan pasport secara aplikasi dalam talian My Online Passport yang mula...

PM Pulang Dari China...

BEIJING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke Kuala...

KTMB Sedia Mulakan Operasi...

PETALING JAYA - Perkhidmatan kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Butterworth...

Pos Malaysia Keluarkan Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem dan filateli khas...

Warga Emas Maut Motosikal Bertembung Motosikal Lain

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal di Jalan Thean Teik, Air Itam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kemalangan kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa Yeoh Hean Keong, 63, yang menunggang motosikal Honda Ex5 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Thean Teik menghala ke Jalan Thean Teik dan ketika hendak membelok ke persimpangan di Flat Desa Intan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan telah bertembung dengan motosikal warga emas berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata penunggang sebuah lagi motosikal yang turut mengalami kecederaan dibawa ke hospital oleh orang ramai.


Katanya kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori