Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Mara Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang Ketua Penolong Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dihadapkan ke...

Lima Suspek Culik Dan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima suspek warga Myanmar ditahan...

Sembilan Kes Baharu Covid-19...

PUTRAJAYA - Kes positif Covid-19 di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang diletak di...

Video: Aksi Budak Sekolah...

SATU rakaman video yang memaparkan aksi ala-ala 'putera raja melamar kekasihnya' di khalayak...

Selepas Dijulang Di Padang, Wira Old Trafford Kembali Ke Sekolah

MARCUS Rashford kembali ke sekolah setelah beberapa jam membantu pasukannya, Manchester United mengatasi Arsenal 3-2 dalam satu perlawanan di Old Trafford di hadapan 75,000 penonton.

Rashford hadir ke sekolahnya dengan menyarung jaket latihan Manchester United di Ashton on Mersey, England.

The Sun melaporkan, Rashford yang akan menduduki peperiksaan A-Level penghujung musim panas akan datang, merupakan antara pelajar terbaik di sekolah itu.

Pada masa sama Rashford cemerlang dalam kerjaya sukan apabila menjadi  penjaring termuda United selepas menyumbang dua gol sewaktu pasukannya menentang FC Midtjylland dalam perlawanan Liga Eropah, Khamis lalu.

02_29201039_f0be43_2716255a

Menurut laporan itu lagi, Rashford sangat mementingkan pelajarannya jadi tidak hairanlah dia tetap cemerlang di sekolah.

Walaupun menjaringkan 10 gol sekalipun sewaktu menentang Arsenal tempoh hari, itu pasti tidak akan menghalangnya untuk kembali ke dalam kelas.


Peluang yang diberi kepadanya ekoran kecederaan Anthony Martial untuk beraksi dalam perlawanan Khamis lalu, ternyata dipergunakan sepenuhnya untuk beraksi hingga berjaya meraih keseluruhan empat gol untuk dirinya.

“Ianya agak janggal dan pelik apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik semasa perlawanan menentang Arsenal dan kemudian dia kembali ke sekolah seperti biasa keesokan harinya,” ulas The Sun. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=8R50r0oI2hg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori