Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Khutbah Jumaat Di Selangor...

SHAH ALAM - Khutbah Jumaat di masjid di seluruh negeri Selangor menyentuh berhubung...

AS Tuduh Iran ‘Tangan...

THE HAGUE - Amerika Syarikat menuduh Tehran sebagai ‘bertangan kotor’ dalam usaha mencabar...

Kewujudan Pancang Jejas Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perak dan Jabatan Perikanan diminta menyiasat projek ternakan kerang...

Polis Sangkal Dakwaan Lewat...

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia menyangkal dakwaan seorang lelaki Arab menerusi video...

WSJ Ada Agenda Rosakkan Reputasi Najib

KUALA LUMPUR – Tindakan Wall Street Journal (WSJ) mengulangi tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, bertujuan merosakkan reputasinya selaku Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata tindakan WSJ mengulangi berita mengaitkan Najib dilakukan berdasarkan agenda yang telah ditentukan yang hanya diketahui oleh agensi itu sendiri.

“Tentunya pengulangan sesuatu berita dan analisis ada tujuan sebaliknya, bukan sahaja mahu burukkan PM tapi untuk merosakkan reputasi PM Najib secara peribadi.

“Tidak adil (WSJ) lakukan tuduhan kepada PM (Najib) serta ia diulang tanpa menyebut fakta-fakta yang konkrit sedangkan sudah ada penjelasan oleh pihak Peguam Negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) di sini.

Ditanya mengenai sebarang tindakan yang akan diambil terhadap WSJ, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diserahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk sebarang tindakan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0uyL60kpiro[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • WSJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori