SELEBRITI tanah air sememangnya tidak dapat lari dari menjadi tumpuan peminat, dan kini telah menjadi trend pula untuk anak selebriti membuka akaun laman sosial dan mendapat perhatian dari peminat.
Tetapi berbeza bagi pasangan Yusry atau nama sebenarnya Yusri Bin Adbul Halim, 42, dan Lisa Surihani yang membuat keputusan untuk tidak mendedahkan anak  atas faktor keselamatan yang menjadi keutamaan mereka.
Menurut Lisa, walaupun mereka tidak membuka laman sosial khusus untuk anaknya, Yahaira Leanne, mereka tetap menghormati keputusan berbeza rakan artis yang lain dalam hal itu.
“Tak semestinya saya tak buka akaun untuk anak kami, saya betul dan ibu bapa lain salah berkaitan hal ini. Ia terpulang kepada setiap individu untuk menyuarakan pandangan dan masing-masing ada cara tersendiri untuk didik anak”
“Apa yang saya katakan ini berkenaan saya dan Yusri, bukannya merujuk kepada pihak lain. Kami sangat menghormati pendirian ibu bapa lain dalam penjagaan anak mereka. Mereka tahu apa yang terbaik”
“Yahaira masih kecil, kami mahu dia membesar dalam dunia kanak-kanak seperti yang lain, bila dia sudah mengenal teknologi dan cara bersosial kami akan biar dia tentukan sendiri” jelas Lisa. – Mynewshub.cc
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=AZmbQEDasCI]