VOKALIS kumpulan Slam, Zamani mengakui dirinya masih belum punya kekasih hati dan dia juga menafikan dakwaan mengatakan dia tidak berkahwin kerana masih belum melupakan cinta lama yang tidak kesampaian.
“Tidak wujud istilah kecewa dalam kamus hidup saya walaupun beberapa kali gagal dalam percintaan. Sebagai manusia, saya ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga.
“Cuma belum tiba masanya, saya juga tidak boleh menolak jika sudah ditakdirkan saya berkahwin. Saya serahkan semunya kepada qada’ dan qadar.”
Dia juga menyatakan keinginannya untuk berkahwin tetapi wanita yang bakal berkahwin dengannya haruslah menerima keadaan dirinya seadanya.
“Saya mahu berkahwin, saya mempunyai niat untuk berkahwin, tetapi jika belum ada calon, nak kahwin dengan siapa?
“Jika nanti ada wanita dalam hidup saya, saya berharap dia boleh menerima diri saya seadanya”. –MYNEWSHUB.CC