FENOMENA melampau yang tercetus setiap kali tudung Fareeda memperkenalkan koleksi terbaru mereka bukan lagi cerita pelik.
Cakaplah apa pun, mereka yang mengetahui tentang berbaloinya mendapatkan tudung warna warni tersebut akan tetap bermati-matian mahu jadi yang pertama mendapatkannya, meskipun terpaksa tidur di kaki lima bak gelandangan atau pun berasak-asak macam nak putus nyawa.
Selain mahu jadi yang terawal menggayakan keluaran terbaru Fareeda, dipercayai sebahagian besar daripada mereka ini adalah pihak yang menjual tudung jenama ini dan memperoleh untung besar jika berjaya mendapatkan koleksi terbaru untuk pelanggan mereka.
Hari ini, fenomena sama yang sudah pasti dapat diagak pemilik jenama ini dan kakitangannya berlaku lagi iaitu kegilaan orang ramai berebut-rebut bagi mendapatkan nombor giliran seterusnya memasuki premis Fareeda bagi mendapatkan koleksi terbaru yang dinamakan ‘Sweet Love’.
Jika tidak dapat diagak, masakan di Facebook Fareeda turut diuar-uarkan tarikh pelepasan koleksi terbaru tersebut dengan ayat “Serangan Sweet Love bermula!! 2 – 3 April 2016 Di Butik Fareeda Bangi.â€Â
Video ‘serangan’ yang bermula semalam itu, turut dikongsikan di Facebook Fareeda sekaligus menerima komen pelbagai.
Niat admin mungkin mahu menunjukkan sambutan hangat yang diterima tapi malangnya rata-rata yang menonton video tersebut mengecam gelagat pelanggan mereka yang berasak-asak tanpa mengira lelaki perempuan.
Bayangkan, niat nak beli tudung tapi tudung yang dipakai pun hampir tercabut dibuatnya!
Malah ada juga yang dikatakan mengesan kejadian tak sepatutnya berlaku dalam rakaman video yang dimuatnaik di Facebook Fareeda, ketika masing-masing berhimpit semalam.
Tambah memburukkan keadaan, admin page ini dikatakan membalas komen yang diterima dengan cara yang dianggap kurang profesional dan ini bukan kali pertama masalah ini dibangkitkan.
Admin Mawar Fanpage TAK PROFESIONAL Jawab Komen
Ramai juga menyebelahi Fareeda dengan menyalahkan pembeli yang memilih untuk berebut selain meminta rakaman sambutan luar biasa terhadap tudung Fareeda tersebut, dilihat dari sudut positif iaitu kejayaan bumiputera dalam perniagaan.
Bagaimanapun lebih ramai lagi, mengharapkan agar pihak Fareeda melakukan penambahbaikan dari segi mengawal pelanggan mereka agar ianya lebih sistematik dan tidak menjadikan pelanggan wanita sebagai mangsa lelaki ketika berebut-rebut seperti semalam dan sebelumnya.
Apa pun, kita tumpang bangga dengan fenomena yang dicetuskan Fareeda dan semoga, niat asal membeli dan menjual tudung untuk menutup aurat tidak tersalah haluan hingga membawa kepada perkara tak sepatutnya. – MYNEWSHUB.CC
Mawar Dan Fizo Tersenyum Girang Lihat Gelaggat… oleh mynewshub
Oleh: Rem Ramzi
Belajar dari kesilapan.
Perelokkan kecacatan.
Melihat dengan pandangan insan.
Bentukkan dalam peradaban.
Julangkan budaya Islam.
Jauhkan hasad syaitan.
Cerminkan Rukun Iman.
Qiam didalam kehidupan.
Buta diwaktu kesiangan.
Celik saat gelapnya malam.
Biar jasad hidup “dikapankan”.
Dengan hati membawa kebenaran.
Berjalan diatas kenikmatan.
Tersungkur pada tiap penyaksian.
Qalam itu akan terbungkam.
Matahari tetap menunggu bulan.
Hiduplah manusia ke akhir zaman.
Hingga sampai dua persimpangan.
Terhambur dua kitab amalan.
Semoga kita mendapat salam.