LONDON – Jika selama ini satu dunia mungkin menyangka Wikileaks yang terkenal dengan pendedahan banyak skandal berprofil tinggi dari seluruh dunia, kali ini laman itu sudah ada pesaingnya yang jauh lebih hebat lagi.
Diasaskan warga Australia, Julian Assange pada 2006 yang kini terpaksa mendapat perlindungan diplomatik di Kedutaan Ecuador di London, Wikileaks hanya memiliki lebih 1.2 juta dokumen rahsia pemimpin ternama global.
Sebaliknya kisah kejayaan satu pangkalan data berpusat di Panama, sebuah negara kecil di tengah benua Amerika mencetuskan sensasi selain kebimbangan maklumat sensitif tersebut jatuh kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, kebocoran besar itu melibatkan 11.5 juta dokumen sekali gus bakal dedah urusan rahsia luar pesisir melibatkan ramai individu ternama arena politik, hiburan, sukan dan sebagainya.
Ini termasuk akaun milik penasihat-penasihat Presiden Rusia, Vladimir Putin, pemimpin-pemimpin dunia serta ribuan selebriti pujaan ramai antaranya bintang Argentina dan pemain kelab bola sepak Barcelona, Lionel Messi.
Siasatan dilakukan oleh lebih 100 kumpulan media itu berjaya membongkar aset tersembunyi dalam akaun luar pesisir seramai 140 tokoh politik malahan hasil siasatan itu juga antara terbesar seumpamanya dalam sejarah.
Kesemua rekod tersebut diperoleh daripada sumber yang tidak dikenali oleh akhbar harian Jerman, Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi media di seluruh dunia meÂÂlalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Dokumen-dokumen daripada sekitar 214,000 akaun luar pesisir meliputi tempoh hampir 40 tahun itu datang dari Mossack Fonseca, firma guaman berpangkalan di Panama yang mempunyai rangkaian pejabat di lebih 35 negara.
Antara yang cukup menarik hasil siasatan ICIJ mengenainya sebagai contoh mereka yang pernah rapat dengan Putin secara rahsia menyimpan sebaÂÂnyak AS$2 bilion (RM7.7 bilion) melalui pelbagai bank dan syarikat palsu.
Selain itu, seramai 12 pemimpin dunia atau bekas peÂÂmimpin dinamakan dalam siasatan itu termasuk Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif; PreÂÂsiden Ukraine, Petro Poroshenko dan beberapa pemerintah Asia Barat.
Tidak ketinggalan ialah rekod peribadi bintang filem Hong Kong, Jackie Chan dan beberapa selebriti sukan antarabangsa yang turut dikesan memiliki banyak akaun rahsia serta tiada dalam Wikileaks selama ini.
Menurut ICIJ lagi, keluarga Presiden China, Xi Jinping turut mempunyai kaitan dengan beberapa akaun luar pesisir yang tidak didedahkan dan begitu juga mendiang bapa Perdana Menteri Britain, David Cameron.
“Saya fikir skandal kebocoran maklumat ini akan menjadi tamparan terbesar kepada dunia perbankan luar pesisir ekoran dokumen rahsia pelanggan ini yang begitu menyeluruh sifatnya,†kata Pengarah ICIJ, Gerard Ryle.
Salah seorang pengasas firma guaman tersebut, Ramon Fonseca membeÂÂritahu wartawan AFP bahawa pendedahan dokumen itu sebenarnya satu jenayah, kejahatan besar dan serangan ke atas maruah kedaulatan Panama sendiri.
“Sesetengah negara memang tidak suka Panama kerana kami sangat kompetitif menarik pelaburan dari seluruh dunia membuka akaun rahsia di sini,†katanya mengulas isu kontroversi disebut sebagai Panama Papers tersebut.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA