Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nita Malaysian Idol Bertunang...

INGAT lagikah kepada bintang realiti nyanyian Malaysian Idol ini?Si tinggi lampai yang pernah...

18 Terperangkap Dalam Runtuhan...

BEIJING: Pasukan penyelamat berusaha mencari 18 orang yang terperangkap di bawah runtuhan selepas...

Hampir Bogel, Kanye West...

KIM Kardashian dengan gaya daring memang tidak dapat dipisahkan.Cakaplah aksi apa yang dia...

“Air Mata Berharga Untuk...

KUALA LUMPUR - "Air mata berharga untuk bapa saya," demikian menurut Anas Zul...

Guru Terlibat Kes Pukul Pelajar Ditamatkan Perkhidmatan

SUNGAI PETANI – Guru sambilan yang didakwa memukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Baling Isnin lalu sehingga patah tulang kekura tangan, telah ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, bagaimanapun Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan siasatan daripada pihak polis memandangkan laporan polis telah dibuat berhubung kes terbabit.

“Guru itu telah ditamatkan perkhidmatan serta merta, guru itu guru sambilan dan memandangkan satu laporan polis telah dibuat, kita akan menunggu (hasil siasatan) laporan polis.

“Saya kecewa juga. Saya telah mengatakan perkara ini beberapa kali, mendisiplinkan anak satu perkara, dan mencederakan anak satu perkara, ini mencederakan anak, walau apa pun sebabnya, walau apa pun keadaannya, seorang guru harus dapat mengawal emosinya dan itu bukan cara untuk melaksanakan tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Young Academician Leadership (Yale) di Universiti Aimst, Semeling, di sini, malam ini.

Kamalanathan berkata, beliau sudah berulang kali mengingatkan agar jika golongan pendidik mempunyai masalah dalam mendidik anak muridnya, individu pertama yang perlu dirujuk ialah ibu bapa pelajar terbabit.

“Setiap kali saya katakan, apa-apa masalah dengan anak-anak yang kita didik, perkara pertama, rujuk ibu bapa, maklum kepada ibu bapa sekiranya anak nakal, ada banyak kaedah tetapi itu (pukul) bukan kaedah dan itu tidak harus berlaku sama sekali,” katanya.


Ditanya mengenai kemungkinan memperketatkan lagi peraturan berkaitan pengambilan guru sambilan, Kamalanathan berkata, peraturan sedia ada sudah mencukupi.

“Tetapi bila kita menyalahgunakan peraturan yang ada, maka sebab itulah wujudnya masalah. Kita ada ramai guru sambilan, bukan semua berlaku sedemikian. Kita ada 430,000 guru (termasuk guru sambilan) yang mengajar, bukan semua yang lakukan perkara yang tidak dikehendaki ini,” katanya.

Sementara itu, seramai seramai 196 pelajar daripada 35 institut pengajian tinggi awam dan swasta, mengambil bahagian dalam Konvensyen Yale yang bermula hari ini dan dijadual berakhir pada Ahad depan.

Beliau berkata, program anjuran bersama Pergerakan Putra MIC, Kementerian Pendidikan dan Universiti Aimst itu memberi pendedahan kepada pelajar, khususnya pemimpin-pemimpin pelajar, mengenai aspek pembangunan pendidikan serta hala tuju, pencapaian serta perancangan kaum India di Malaysia pada masa hadapan serta peranan mereka membantu mencapai wawasan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori