Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Siri Penerangan Isu Bauksit...

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan sesi penerangan di seluruh negeri mengenai...

Kerajaan Laksana Darurat Selama...

DARI FB NAJIB RAZAKKKM cadang rentas negeri sambut Hari Raya Aidilfitri ditangguh.Perlaksanaan Darurat...

Harga Kacang Soya Naik,...

JAKARTA - Mogok pengusaha tauhu dan tempe di Pulau Jawa yang membantah kenaikan...

Tiada Anggota MALBATT Terbabit...

KUALA LUMPUR - Tiada pegawai atau anggota pasukan misi pengaman Batalion Malaysia (Malbatt)...

Malu ‘Kantoi’ Berlakon Digari, Rafizi Ancam Saman KPN

KUALA LUMPUR – Pakar propaganda pembangkang, Rafizi Ramli ‘bengang’ apabila tindakannya meletakkan tangan ke belakang seolah-olah digari pihak polis ketika hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya baru-baru ini menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Pandan memberi amaran akan menyaman Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya tidak lagi mengungkit perkara itu atau berhadapan dengan tindakan saman.

“Saya berharap Khalid tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari. Jika beliau mengulanginya, saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Baru-baru ini Rafizi dikecam netizen apabila bertindak seolah-olah berlakon untuk menagih simpati dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang bagaikan digari, ketika diiringi polis untuk mendapat perintah tahanan reman, 6 April lalu.

Di Mahkamah Sesyen pada hari terbabit, beliau didakwa atas dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 berhubung dakwaan mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).


Ahli Parlimen Pandan itu juga didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membuat tohmahan pada 18 Februari lalu di Tingkat 18 bangunan Tabung Haji, yang boleh merosakkan imej Tabung Haji jika dakwaannya itu dipercayai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori