BILA bercakap mengenai jutawan wanita paling berpengaruh pastinya akan terbayang wajah Datuk Vida yang cukup sinonim dengan tagline; ‘Qu Puteh.. Qu Puteh.. Barulah Putihhh’.
Mana tidaknya, pengasas komestik itu tidak henti-henti menaja pelbagai program hiburan, pasukan bola sepak dan bermacam-macam lagi dengan jumlah jutaan ringgit.
Kekayaannya yang dimiliki juga mengejutkan ramai sekali gus hangat diperkatakan selepas beliau mendedahkan aset dan koleksi peribadi mewah yang dimiliki menerusi programĆāĆĀ ‘Terlajak Puteh, Nampak?’ yang dihoskanĆāĆĀ Dato’ Aznil Hj Nawawi.
Barangkali kerana populariti yang dikecapinya itu, ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan akaun Facebook palsu menggunakan namanya iaitu DSV – Dato’ Seri Vida.
Paling melampau, apabila akaun itu turut menipu netizen kononnya Datuk Vida mahu memberi beg jenama mewah, Louis Vuitton secara percuma dengan syarat pengikutnya perlulah berkongsi gambar statusnya.
Status itu sekali gus menjadi viral hingga mendapat lebih 45,000 likesĆāĆĀ dan dikongsi 200,000ĆāĆĀ shares gara-gara ramai yang mengimpikan untuk memiliki beg jenama mewah itu.
Apa yang kelakarnya, ada pulak netizen yang meluahkan harapan dan kisah sedih mereka semata-mata berharap Datuk Vida bersimpati seterusnya melayakkan mereka mendapat beg tersebut.
“Kalau dapat ini memang rezeki nak kahwin.. ĆāĆĀ Alhamdulillah mujur ada Pamoga.. thanks DSV,“ kata seorang wanita.
“Kak. Saya sekarang kerja sebagai pembancuh simen. And now saya sedang menyiapkan wisma DSV di jalan wakaf siku tu. So jika kesempatan. Datang la tengok saya nak cat bangunan baru tu dan jika nempak lawa dan kemas, kasi la beg tu ya. Nak bagi kat bini hehehehee,” kata seorang lagi netizen.
Berikutan itu, Datuk Vida menerusi akaun rasminya Dato’ Seri Vida menafikan pemberian hadiah berupa beg tersebut.
Jelasnya, page akaun Facebook atas namaĆāĆĀ DSV – Dato’ Seri Vida adalah palsu dan dia tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana status yang dimuat naik.
“Sebarang promosi/iklan/hadiah atau apa-apa yang berkaitan tentang Vida Beauty atau Qu Puteh adalah TIDAK BENAR/PALSU sama sekali!!,” katanya.
Haihhh.. rasanya pemiliki akaun palsu Facebook Datuk Vida ini layak ditangkap. Yelah, lebih 200,000 orang tertipu bulat-bulat gara-gara mahukan beg tanganĆāĆĀ Louis Vuitton.
Mungkin, inilah yang dinamakan, ‘Tipah Tertipu Bang!’. – MYNEWSHUB.CC