KUANTAN – Kesemua 155 sekolah di daerah Temerloh dan Jerantut yang ditutup dua hari akibat cuaca panas melampau kembali dibuka semula esok.
Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Rosdi Ismail berkata arahan pembukaan sekolah itu berikutan bacaan suhu terkini di dua daerah berkenaan menurun kepada 36.1 darjah celcius.
“Seramai 50,492 pelajar sekolah di dua daerah itu terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – BERNAMA