Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Buruh Didakwa Bunuh Anak...

SETIU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Azharina Tidak Lagi Ke...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Azharina Azhar masih trauma untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki...

“Kami Tunggu Tetapi Cikgu...

MARANG - "Kami tunggu cikgu untuk mengajar kelas tambahan, tetapi dia tak kunjung...

Kaji Spesifikasi Penghadang Kenderaan...

BUTTERWORTH - Syarikat-syarikat konsesi diminta untuk mengkaji mekanisme bersesuaian untuk pemasangan penghadang kenderaan...

El Nino: Ular Pun Cari Tempat Sejuk – JPAM

KUANTAN – Sebanyak 618 kes tangkapan ular direkod Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di seluruh negeri ini sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Pengarah JPAM Pahang, Zainal Yusoff.

Beliau berkata tangkapan dibuat berdasarkan laporan orang ramai mengenai gangguan reptilia berkenaan yang berdarah sejuk.

“Kebanyakan kes membabitkan ular ditemui di dalam kediaman dan kenderaan, yang kemungkinan ular-ular ini mencari tempat sejuk untuk berlindung.

“Faktor cuaca panas juga mungkin antara penyebab ular lebih gemar masuk ke tempat lebih sejuk seperti kediaman,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jumlah kes tertinggi direkod di Kuantan iaitu sebanyak 163 kes, Temerloh (96), Pekan dan Maran masing-masing (67), Jerantut (57), Raub (50), Bentong (46), Lipis (36), Rompin (21) dan Bera (15).


Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata pihaknya merekod 92 kes tangkapan ular di seluruh negeri sehingga hari ini tahun ini.

“Ia membabitkan 16 kes sepanjang Januari, Februari dan Mac masing-masing 25 kes manakala bagi April sehingga hari ini sebanyak 26 kes,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori