Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada ‘Malam Pertama’ Buat...

“TIADA yang paling mendebarkan selain saat mengalami malam pertama”. Itulah tanggapan orang ramai mengenai...

Kesan Tapak Kaki Disyaki...

SETIU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang menyiasat mengenai...

Norway Yakin Dapat Meterai...

KUALA LUMPUR - Norway yakin dapat menjalin perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia...

2020 Bakal Jadi Mimpi...

SHAH ALAM - Rakyat mengharapkan tahun 2020 menjadi sinar buat mereka, namun sebaliknya...

2 Lelaki, 2 Wanita Didakwa Miliki Bahan Berkaitan Pengganas

KEMAMAN – Seorang wanita dan seorang lelaki hari ini didakwa di dua Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki bahan yang mempunyai kaitan dengan pengganas.

Bekas penuntut institut pengajian tinggi awam Siti Noor Aishah Atam, 29, didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman manakala Anuar Ab Rawi, 40, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Siti Noor Aishah, yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang, Dungun, Terengganu pada 12.25 tengah hari, 22 Mac lepas.

Kes itu didengar Majistret Hazwanie Hussain Bustari dengan pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mona Shazwani Kamarul Zaman dan Syazwani Nawawi.

Sementara itu, Anuar yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan sama di Taman Manir Indah, Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu pada 8.48 pagi, 22 Mac lepas.

Dia dituduh di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.

Kedua-dua mahkamah itu menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap Siti Noor Aishah dan Anuar.

Di KANGAR, seorang lelaki dan seorang surirumah didakwa bagi pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan perlakuan pengganas di Mahkamah Majistret Kangar.


Muhammad Saiful Hashim, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Sekolah Menengah Derma, Kangar, pada 7.45 pagi, 22 Mac lepas manakala Siti Nor Intan Shafinaz Johari, 27, dituduh melakukan kesalahan sama di Kampung Ujung Tanjung, Kuala Perlis pada 8.15 pagi 22 Mac lepas.

Muhammad Saiful juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memiliki enam keping wang kertas palsu RM10 di tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Izmi Ibrahim menetapkan 20 Mei depan ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh tertuduh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori