Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Yayasan IJN Belanja RM4...

KUALA LUMPUR - Yayasan Institut Jantung Negara (Yayasan IJN) membelanjakan lebih RM4 juta...

PATI: 2 Lagi Pusat...

KUALA LUMPUR - Dua pusat tahanan sementara (PTS) bernilai RM50 juta akan dibina...

Inspektor ‘Lalok’ Dipenjara 15...

INSPEKTOR polis dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan, hari ini atas...

Datuk Antara 6 Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang bekas Pengurus Besar Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd...

2 Lelaki Maut Ditembak Dalam Kenderaan Pacuan Empat Roda

KOTA KINABALU – Dua lelaki terbunuh selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Jalan Kolam, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhuddin Abdul Rahman berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Hii Lam King, 36, dan Ting Wen Hou, 23, kedua-duanya berasal dari Sibu, Sarawak namun menetap di Sabah.

Salehhuddin berkata ketika kejadian pada 7.30 pagi itu, Hii yang memandu kenderaan pacuan empat roda dikatakan dalam perjalanan balik dari menghantar anaknya ke sekolah.

“Terdapat lapan kesan tembakan dilepaskan ke arah mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Salehhuddin seorang lagi lelaki berada dalam kenderaan itu berumur 23 tahun yang juga saudara kembar kepada Ting, bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Salehhuddin berkata sejurus kejadian berlaku, pihak polis terus melancarkan Ops Tutup di semua laluan keluar dari Kota Kinabalu.

Tinjauan di lokasi mendapati beberapa kesan tembakan kelihatan di bahagian cermin dan pintu bahagian pemandu kenderaan pacuan empat roda itu.


“Kami belum kenal pasti motif kejadian namun kami akan siasat kes dari semua sudut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi berkata dia sedang memandu ke tempat kerja dan terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi das tembakan dan keretanya disondol dari belakang oleh kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Katanya dia dapat melihat kelibat dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal berkenaan namun tidak dapat mengecam mereka.

“Saya terkejut selepas kereta saya disondol dan memberhentikan kenderaan saya,” kata saksi berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori