Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lebih 20,000 Peserta Sertai...

SEREMBAN - Lebih 20,000 peserta dari seluruh negeri menyertai program Tadarus dan Khatam...

Wanita Live Tweet, Jiran...

PASTINYA menjengkelkan sekiranya kita berhadapan situasi di mana kita terpaksa mendengar rintihan dan...

Pencuri Bersiri Ditangkap Hasil...

LUTON – Seorang pencuri bersiri akhirnya tewas apabila tabiat memakan aiskrim membolehkan polis...

Lompat Parti Dan Proses...

ADA dua perkara yang sepatutnya dipersoalkan pada Pakatan Harapan (PH) dan terutamanya PPBM...

2 Maut, 2 Cedera Babitkan Nahas 5 Kenderaan Di Pedas

SEREMBAN – Dua maut dan dua cedera manakala tiga yang lain terselamat dalam nahas melibatkan lima kenderaan di KM235.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata mangsa pertama seorang lelaki, Low Boon Lin, 20, berasal dari Ampangan dekat sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Seorang lagi mangsa wanita, Tan Jia Hui, 19, beralamat di Taman Rasah Jaya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, katanya.

“Kemalangan itu melibatkan empat kenderaan jenis Proton Saga, Proton Wira, Perodua Alza, Toyota Vios dan sebuah lori tiga tan,” katanya ketika dihubungi.

Mayat Low dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala mereka yang cedera dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori