SEORANG kanak-kanak yang menghidap penyakit hati mengimpikan untuk bertemu sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Hasrat adik Addi Asyraaf itu disampaikan oleh ibunya, Amir A’ab menerusi laman Facebook, pada Isnin.
“Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, saya ibu kepada Addi Asyraaf ingin menunaikan permintaan untuk berjumpa Datuk Seri walaupun sekejap atau beberapa minit kerana anak saya seorang penghidap penyakit hati yang diberi nama allagile syndrome,“ tulisnya.
Menurut Amir, setiap kali wajah Najib muncul di kaca televisyen, anaknya akan menatap wajah perdana menteri sambil menyebut nama pemimpin negara itu.
Amir turut meluahkan harapannya agar impian anaknya untuk berjumpa dengan perdana menteri tercapai.
Status yang dimuat naik wanita itu turut mendapat perhatian ramai sebelum menjadi viral di laman sosial.
Rata-rata netizen meluahkan harapan agar Najib dapat menunaikan permintaan adik ini.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada adik Addi kini sedang dirawat di hospital atau sudah dibenarkan pulang. – MYNEWSHUB.CC