Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hanya Chuping Di Perlis...

KUALA LUMPUR - Hanya Stesen Meteorologi Chuping di Perlis yang mencatatkan bacaan suhu...

Pengguna Jalan Raya Dinasihatkan...

TUMPAT - Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan kecemasan ketika berlaku...

Culik Wanita Kerana Rimas...

CHINA – Selepas diasak oleh ibu bapanya kerana masih belum berkahwin, seorang lelaki...

Darurat: Mahkamah Batalkan Rayuan...

PUTRAJAYA : Bekas Penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu...

Keluarga Nafi Anak Dipatuk Ular Hidup Semula

KOTA BHARU – Keluarga murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan, yang meninggal dunia dipercayai dipatuk ular pagi tadi, menafikan kanak-kanak itu ‘hidup semula’.

Ibunya, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, bagaimanapun mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang tadi dan perkara itu kemudian disebarkan.

“Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.

“Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.

“Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga.

“Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Buaya, di sini, sebentar tadi.


Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat kira-kira jam 9.30 pagi. Mangsa bagaimanapun dikatakan sempat meneruskan pembelajaran lebih satu jam sebelum guru melihat kanak-kanak itu pengsan di tempat duduknya kira-kira jam 11 pagi.

Mangsa yang dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 12.30 tengah hari, sebelum pengesahan kedua kematian mangsa dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata pihaknya memandang serius maklumat yang diviralkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis. – BHarian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • ular

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori