Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mansuh Peperiksaan Tahap 1...

KUALA LUMPUR — Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah pemansuhan peperiksaan bagi...

Konspirasi Singkir TMJ Presiden...

SEREMBAN – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan konspirasi untuk menyingkirkan Tunku...

Jangan Risau Fenomena Kerang...

SHAH ALAM – Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di perkampungan Pulau...

Mais Terima Sumbangan Tiga...

SHAH ALAM - Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di sini menerima...

200 Petani Resah Tanaman Kontan Terjejas Akibat Tiada Air

JELI – Seramai 200 petani yang mengusahakan tanaman kontan di ladang seluas 400 hektar di Bukit Perawas, Ayer Lanas di sini, resah tanaman mereka terjejas ekoran cuaca panas dan kering berikutan fenomena El-Nino.

Mereka yang mengusahakan tanaman seperti nanas, pisang, tebu, ubi kayu dan sayur-sayuran bergantung kepada sumber air hujan untuk tanaman berkenaan, namun ketiadaan hujan sejak lebih sebulan lalu menyebabkan kawasan tersebut kekeringan.

Kumpulan petani berkenaan menjangkakan hasil tanaman ladang itu akan berkurangan kira-kira 50 peratus pada tahun ini berikutan fenomena tersebut.

Seorang petani, Che Abas Idris, 58, yang mengusahakan tanaman nanas di kawasan seluas 6.4 hektar, dan bergantung sepenuhnya kepada sumber air hujan, berkata ketiadaan air menyebabkan tumbesaran nanas yang berusia enam bulan, menjadi terencat.

“Pokok nanas ini boleh bertahan sehingga dua tiga bulan lagi sekiranya tiada hujan…ia tidak mati tetapi tumbesarannya akan terbantut,” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke kawasan ladang berkenaan hari ini.

Hasim Yacob, 61, yang mengusahakan tanaman pisang di kawasan seluas 4.8 hektar, berkata beliau dan rakan-rakannya bimbang cuaca panas melampau itu, akan menyebabkan anak pokok pisang yang baru ditanam mati manakala yang hampir berbuah akan terencat.

Beliau berkata mereka tidak mampu mendapatkan sumber air alternatif sama ada dari sungai atau menggali telaga kerana membabitkan kos yang besar.


Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerajaan melalui agensi berkaitan akan mendapatkan sumber air untuk ladang berkenaan.

Beliau berkata bekalan air akan diperoleh dari Sungai Sat dan Sungai Lanas, tidak jauh dari ladang berkenaan, atau dibina beberapa telaga di kawasan ladang tersebut.

Katanya antara agensi terbabit ialah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Jabatan Pertanian.

Mustapa berkata kerajaan prihatin dengan masalah yang dihadapi petani dan rakyat amnya, berikutan fenomena El Nino dan usaha sedang dilakukan untuk meringankan beban mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori