SUDAH menjadi lumrah bagi sesetengah manusia akan mengutuk atau mengata kekurangan yang ada pada orang lain atau tidak sempurna di matanya.
Rata-rata mengatakan cantik itu subjektif. Kalau sesuatu perkara itu kelihatan cantik di mata kita belum tentu orang ain akan memberikan pandangan yang sama begitu juga sebaliknya.
Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Adalah lebih baik untuk kita mensyukuri apa yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa itu.
Setiap orang pernah menghadapi situasi ini, dihina dan diejek. Golongan artis juga tidak terlepas daripada hinaan dan ejekan dari orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Siapa kata artis hanya terpalit dengan gossip-gosip panas sahaja.
Jom kita ikuti luahan anak bekas penyanyi dan pelakon 80an, Raissuddin Hamzah iaitu Sarah Raissuddin diejek mengenai hidungnya melalui satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kesetiaan, memuatnaik gambar menunjukkan ada peminat mengata hidungnya seperti ‘hippo’ (badak) dan ada juga mengejeknya buruk.
Di akhir perkongsian itu, kami percaya isteri kepada Shuib Sepahtu ini seorang yang tabah dan optimis kerana tidak mudah melatah dengan kutukan yang diterima. Semoga Sarah sentiasa tabah dan bahagia disamping keluarga tercinta.
Kadang-kadang mereka yang suka mengutuk ni pun bukan lah secantik mana pun, sekadar suam-suam kuku sahaja. Al-maklumlah manusia, bak kata pepatah Melayu, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. -MYNEWSHUB.CC