Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Celik...

SANDAKAN - Penjawat awam di negeri ini perlu celik teknologi komunikasi dan maklumat...

VIDEO: Pasangan British Kantoi...

VIDEO pasangan warga Britain melakukan seks di tepi tong di sebuah tempat peranginan...

Operasi SAR Cikgu Hafiz...

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru, Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan...

“Saya Tidak Perlukan Proksi...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Suamiku Pendiam Itu Rupanya Ketua Pengganas Daesh

BEIRUT – Bekas isteri Abu Bakr al-Baghdadi berkata, dia tidak menyangka lelaki yang dikahwininya itu selama ini ialah ketua kumpulan pengganas Daesh.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Sweden, Expressen, di Lubnan, Saja al-Dulaimi, 28, berkata, dia menyangka suaminya yang pendiam itu profesor sebuah kolej.

Abu Bakr menggunakan nama palsu ketika menemui dan mengahwini janda warga Iraq itu.

Menurut Saja, sepanjang beberapa bulan berkahwin dengan lelaki itu, dia tidak pernah tahu mengenai hubungan suaminya dengan aktiviti keganasan.

“Saya berkahwin dengan lelaki biasa tetapi misteri, lelaki yang saya sangka pensyarah universiti. Ketika itu namanya Hisham Mohammad. Dia tidak banyak cakap,” kata Saja.

Saja menerima lamaran Abu Bakr atas nasihat bapanya.

Mereka berkahwin pada 2009 selepas kematian suami pertama Saja, bekas pengawal peribadi Saddam Hussein. Pengganas itu menyamar sebagai profesor dan menawar membantu dia membesarkan dua anak kembarnya.

“Dia sayangkan kanak-kanak. Anak-anak pula menyanjungnya. Memang dari segi itu dia lelaki bagus. Tetapi hubungan antara kami amat renggang,” kata Saja.

Dia dan dua anaknya berpindah untuk tinggal serumah bersama Abu Bakr, isteri pertama dan anak mereka.

Abu Bakr sering menghilangkan diri selama beberapa hari. Apabila pulang, dia akan menyepi.

“Saya tidak boleh berbincang atau berbual seperti suami isteri dengannya. Dia hanya bertanya dan mengarah. Tidak lebih daripada itu,” kata Saja.


Tiga bulan selepas berkahwin dan hamil sebulan, Saja meninggalkan rumah itu.

“Anda boleh berkata saya melarikan diri daripadanya. Saya tidak gembira. Isteri pertamanya juga tidak gembira. Dia kecewa kerana suaminya mengahwini saya. Kerana itu saya tinggalkan rumah itu.

Menurutnya, kali terakhir dia bercakap dengan ketua kumpulan pengganas itu ialah pada 2009 apabila dia minta diceraikan.

Saja kemudian menumpang di rumah keluarga suami pertamanya, melahirkan anak dan berkahwin sekali lagi, kali ini dengan lelaki Palestin.

Dia hanya mengetahui bekas suaminya itu ketua kumpulan Daesh pada 2014.

Saja ditangkap di Lubnan pada tahun berkenaan kerana menyeberang masuk ke negara itu bersama suami barunya.

Di Beirut, penyiasat menunjukkan gambar ketua Daesh itu yang dikenalinya serta-merta.

“Saya sungguh terkejut – tujuh tahun kemudian – baru saya tahu saya berkahwin dengan lelaki paling berbahaya di dunia. Saya tumbuk tingkap hingga pecah kerana terlalu marah,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori