Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penjara 7 Tahun Kekal...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun...

KKM Siasat Susu Rumusan...

REMBAU - Kementerian Kesihatan turut menjalankan siasatan ekoran rampasan sejumlah 210 kotak susu...

KSU Kementerian, 2 Anak...

PUTRAJAYA - Seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang bergelar 'Datuk' dan dua...

KFC KLCC Enggan Layan...

SEORANG pengguna Facebook meluahkan kekesalannya menerusi laman sosial rasmi milik KFC Malaysia berkenaan...

8 Motosikal Musnah Dalam Kebakaran Bengkel

BUKIT MERTAJAM – Lapan motosikal dalam sebuah bengkel di hadapan Masjid Ceruk Tok Kun, di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam Penguasa Bomba Kanan II Abu Bakar Hassan berkata lapan motosikal itu telah musnah sewaktu anggotanya tiba di lokasi kebakaran.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.26 malam dan jentera pertama bersama lima pegawai dan anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

“Kami berjaya mengawal api daripada merebak ke struktur bangunan bengkel itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Matang Tinggi, Cross Street dan Berapit.

Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, tiga rumah kedai dua tingkat yang terbiar kosong di Jalan Pantai Bersih, Bagan Ajam, dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth Penguasa Bomba Kanan II Soah Ah Othman berkata api sedang marak ketika anggotanya tiba di lokasi.

“Sebahagian daripada tiga rumah teres itu telah terbakar. Difahamkan premis itu merupakan rumah kedai bagaimanapun sudah tidak digunakan lagi dan dibiar kosong,” katanya.

Menurut Soah Ah, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.46 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

Beliau berkata seramai 16 pegawai dan anggota bersama dua jentera terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Bagan Ajam dan Raja Uda.

“Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran itu dan memadam keseluruhan api sejam kemudian,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori