NADIYA Nisaa yang bakal menyambut kelahiran cahata mata keduanya pada bulan Ogos depan berkata, dia menginginkan anak perempuan tetapi nalurinya berasa dia akan menimang anak lelaki lagi, kali ini.
“Setelah empat tahun jarak dengan anak yang pertama insya-Allah bulan 8 ini saya akan lahirkan anak kedua. Buat sementara ini, saya berehat menjaga kehamilan.
“Kalau boleh saya mahukan anak perempuan, biarlah sepasang. Tetapi rasanya macam anak lelaki juga,” ujarnya.
Nadiya berkata, pada kehamilan kali ini dia mengalami keletihan yang lebih teruk berbanding sebelumnya.
“Kehamilan kali ini rasa lebih teruk dan penat berbanding yang pertama. Saya pun dah beberapa kali tak pergi check-up sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja.
“Saya juga tidak membuat persedian yang terlalu banyak untuk bersalin nanti. Kakak saya baru sahaja melahirkan anak jadi saya akan ambil sahaja barangnya yang sudah saya lihat,” kata Nadiya. -MYNEWSHUB.CC