Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Debat Isu TH: Abdul...

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

Dirogol Depan Teman Lelaki...

Seorang wanita terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila dia dirogol di hadapan teman lelakinya...

Jangan Bunuh Benih Yang...

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad...

Video: Aksi ‘Super Comel’...

Siapa sangka sebuah lagu Itali inspirasi daripada karakter kartun anak ayam "Il Pulcino...

‘Gadis Helmet’ Bantu Mangsa Kemalangan Terima Pujian Netizen

TINDAKAN seorang wanita yang segera memangku seorang mangsa kemalangan jalan raya biarpun masih menyarung topi keledar menerima pujian netizen di media sosial.

Page Facebook Velai Seivor Sangam melaporkan, kejadian berlaku di Bedong, Sungai Petani dan gadis beruniform putih itu dipercayai pelajar kejururawatan yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat pengajiannya.

nurse

Pautan yang dimuat naik laman komuniti India itu memuji gadis berkenaan yang biarpun masih belajar di kolej, tidak berlengah tampil membantu mangsa biarpun berlainan agama dan bangsa.

Di ruangan komen pengguna Facebook Hangerz Tiger Angullia menulis: “Inilah contoh seorang Muslim yang menolong tak kira bangsa atau agama kerana kita manusia ciptaan Tuhan. Kita menolong mereka bererti kita menolong ciptaan Tuhan. Respek dekat awak.”

Kugaan Veemah pula berkata: “Saya tabik pada kamu”.

Pengguna Facebook Bensoon Soon pula memberi komen, dia bangga dengan posting seperti ini dan akan berkongsi kisah gadis tersebut.


“Posting seperti ini akan saya kongsi di wall dan saya bangga dengannya,” ujarnya.

Selain itu, beberapa pelajar dari kolej pengajian wanita itu turut meluahkan rasa bangga di ruangan komen tersebut.

Posting tersebut sehingga kini menerima lebih 4,000 perkongsian dan menerima lebih 9,000 reaksi daripada netizen. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori