Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAN Ingatkan PAS Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pemikiran Khawarij PAS yang melihat pelaksanaan syariah secara keras, kasar...

Peruntukan RM7 Bilion Untuk...

BUKIT GANTANG - Kerajaan membayar elaun sara hidup nelayan kepada 7,846 penerima di...

Hulk Iran, Hulk Brazil...

KARAKTER filem popular, Hulk sememangnya mempunyai peminat tersendiri. Lebih teruk, ada yang obses sehingga...

Bajet 2015: Pusat Percetakan...

KUALA LUMPUR - Pusat Percetakan Al-Quran, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab...

Video: Wahai Driver Teksi, Inilah Sebab Kami Pilih Pesaing Anda!

MUNGKIN ramai dari kalangan pemandu teksi konvensional tidak setuju dengan video disiarkan ini namun ianya hakikat sebenar mengapa perkhidmatan teksi pada zaman sekarang, kurang mendapat tempat di hati pengguna.

Video yang dimuatnaik pengguna Facebook, Izwan Izzat ini memaparkan bagaimana reaksi tipikal seorang pemandu teksi yang cerewet memilih penumpang di hentian teksi Ampang Point.

Menerusi video berdurasi 1 minit 7 saat itu, dapat dilihat segelintir pemandu teksi itu sendiri yang menolak rezeki apabila ditahan pelanggan dengan memberikan alasan klise ‘jalan raya tengah sesak’ atau destinasi ‘terlalu jauh’.


Cermin Diri Dan Sedarlah Wahai Pemandu Teksi oleh mynewshub

Pastinya anda juga pernah menghadapi situasi seperti ini bukan? Memang sudah terbiasa, ramai pemandu teksi menolak permintaan pelanggan untuk pergi ke kawasan-kawasan tertentu terutamanya sewaktu sesak atau ianya terlalu jauh dan tak ada penumpang dalam perjalanan balik.

Di bawah adalah luahan ‘makan dalam’ yang turut disertakan saudara Izwan.

teksi2

Sementara aku menunggu mak di depan Ampang Point, sahaja aku perhatikan perangai pemandu teksi.

“Masih juga tidak berubah. Aku terfikir untuk merakam dan ini saja kesempatan yang ada aku rakam dalam masa hanya 15 minit.


“Ini yang dikata dan dijanjikan oleh pemandu teksi ingin berubah? Ini yang dikatakan Uber/Grabcar menutup periuk nasi mereka?

“Sedarlah, lihat sendiri siapa yang menutup periuk nasi siapa. Rezeki pemandu teksi ini datang sendiri tetapi ditolak. Apa salahnya bersusah sikit demi mencari rezeki?

“Ini tidak, jalan jammed sikit terus tolak customer dan mengeluh. Destinasi dekat, tolak customer dan mengeluh. Sampai bila jadi begini?

“Kemudian salahkan orang lain yang mencari rezeki tanpa mengeluh, salahkan Uber, salahkan Grab Car. Salahkan customer yang menggunakan Uber/Grabcar.

“Cerminlah diri sikit dan sedarlah wahai pemandu teksi,” tulisnya.

Kepada pemandu teksi konvensional, mohon selesaikan masalah tipikal dalam kalangan anda ini sebelum marahkan perkhidmatan lain yang jadi pilihan pengguna kerana lebih mudah dan tidak cerewet. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori