Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penoreh Getah Maut Dibelasah...

SIK - Seorang penoreh getah maut selepas dibelasah dalam kejadian yang berlaku kira-kira...

Model Berbogel Di Tasik...

IMEJ kontroversi seorang wanita berbogel di tepi sebuah tasik suci di wilayah Tibet,...

Kebocoran Gas Ammonia: Keadaan...

CYBERJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 18 mangsa yang sedang dirawat di tiga...

Ambil Segera Tindakan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa digesa segera mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap penulis...

LLM Sentiasa Pantau Keadaan, Struktur Lebuh Raya

JASIN – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa membuat pemantauan keadaan dan struktur lebuh raya di negara ini bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa diutamakan, kata Pengerusinya Datuk Ahmad Hamzah.

Beliau berkata penyelenggaraan di setiap lebuh raya juga akan dijalankan secara berkala dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya terlibat sekiranya terdapat laporan berhubung keadaan atau keroskan yang perlu diperbaiki.

“LLM akan melakukan pemeriksaan dan kita mempunyai audit tersendiri bagi mengenal pasti setiap masalah atau kerosakan yang berlaku di lebuh raya kerana kita sentiasa mengambil berat tentang isu keselamatan pengguna lebuh raya.

“Jadi tindakan segera akan dilakukan sekiranya terdapat aduan atau kerosakan jalan raya yang boleh mengugat keselamatan serta mengakibatkan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Pendidikan Membara Parimen Jasin d sini, hari.

Sebanyak 30 syarikat swasta daripada pelbagai sektor terlibat dalam pameran sehari itu yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Ghazale Muhammad dan ADUN Merlimau Datuk Roslan Ahmad.

Sementara itu, Ahmad berkata setakat ini tiada cadangan untuk menaikkan kadar bayaran tol di negara ini tetapi beliau tidak menafikan kenaikan itu sekiranya tiba masanya.


Beliau berkata ia kerana kenaikan kadar tol akan dikaji setiap lima tahun mengikut perjanjian asal yang telah dimeterai antara kerajaan dengan syarikat konsesi yang telah dilantik.

“Kenaikan kadar bayaran tol juga tidak dipengaruhi kenaikan harga minyak. Kenaikan itu hanya akan dibenarnya bila tiba masanya kerana sekiranya kenaikan itu tidak diluluskan kerajaan terpaksa membayar pempasan yang tinggi kepada syarikat konsesi terlibat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kadar bayaran tol di negara ini masih berada pada harga yang rendah berbanding negara lain.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan golongan remaja terutama lepasan universiti dan kolej agar tidak memilih pekerjaan sebaliknya menerima sebarang tawaran yang ada bagi mendapatkan pengalaman. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LLM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori