PELAKON yang selalu dikaitkan mempunyai hubungan cinta bersama beberapa orang yang muda daripadanya, Izreen Azminda tampil menjelaskan perkara sebenar dan menyatakan dia sudah mulai rimas dengan lemparan tuduhan seperti itu.
Terbaharu, dia dikaitkan dengan seorang pelakon, Redza Rosli dan Izreen menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan mereka hanyalah kawan biasa di set penggambaran.
“Ramai yang tanya, saya tak rimaskah berkawan dengan yang lebih muda. Apa yang saya nak cakap, orang luar tak tahu cerita, yang mereka dengar entah dari mana kemudian menuduh saya adalah orang yang tidak mengenali siapa diri saya yang sebenar.”
“Saya dengan Redza hanyalah kawan, tiada apa-apa perasaan selain itu. Hubungan kami hanya di set penggambaran, itu sahaja.”
“Kalau difikir secara logiknya, jika saya nak berkahwin lagi selepas ini, saya akan pilih lelaki yang boleh menjaga saya, kukuh ekonominya dan seorang yang stabil juga matang.”
“Kalau orang muda ni susah, silap haribulan, kita pula yang kena jaga dia, bukan dia jaga kita.”
Dia juga berkata kebiasaannya di dalam industri ini, pelakon lelaki baru selalunya akan terjebak dengan cinta lokasi kerana mungkin itu salah satu cara mereka untuk mendapatkan populariti dan tawaran kerja yang lebih. – MYNEWSHUB.CC